Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

DA memperkasa pelajar berkeperluan khas

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Darussalam Assets Sdn Bhd (DA) telah melanjutkan penajaannya di bawah Skim Penerimaan Pelajar Ber-keperluan Khas untuk dua pelajar berkeperluan khas di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) untuk lima tahun berturut-turut.

Hadir semasa penyerahan tajaan yang berlangsung di pejabat DA itu ialah Setiausaha Tetap (Pelaburan) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Ketua Pegawai Eksekutif DA, Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid dan Ketua Hal Ehwal Korporat DA, Hajah Rahayu binti Dato Paduka Haji Abdul Razak.

Turut hadir menyaksikan majlis berkenaan ialah ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Ehsan, Audrey Choo Wah dan Pengetua Sekolah Pusat Ehsan, Dayang Nurussa’adatul Saifulbahri.

DA dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, DA telah lama menjadi penderma untuk skim berkenaan sejak pelancarannya pada 2017.

Melalui skim berkenaan, penaja diberi peluang untuk melabur dalam kehidupan, pertumbuhan dan perkembangan jangka panjang pelajar dengan menyediakan mereka akses kepada sokongan pembelajaran tambahan, perkhidmatan pemulihan, aktiviti, kemudahan dan perbelanjaan pengangkutan yang diperlukan.

Dengan sokongan tambahan tersebut, ia diharap dapat membantu pelajar memanfaatkan potensi penuh mereka untuk diiktiraf sebagai orang yang berkemahiran selaras dengan visi Pusat Ehsan untuk membolehkan keperluan khas masyarakat menjalani kehidupan yang bermakna dalam masyarakat.

DA, melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada perubahan sosial dan ekonomi dengan menawarkan sokongan dan pembangunan yang mapan untuk masyarakat selaras dengan matlamatnya untuk menjadi warga korporat yang bertanggungjawab.

(Dari kiri-kanan) Dayang Nurussa’adatul Saifulbahri, Audrey Choo Wah, Haji Khairuddin dan Hajah Rahayu semasa majlis penyerahan sumbangan tajaan yang berlangsung di Pejabat DA. – Gambar serahan DA
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -