Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dadah dalam bentuk kek dikesan

    MAINE, 22 JULAI – Seorang lelaki New York dan seorang wanita Maine berdepan dakwaan berhubung kokain yang dikesan dalam bentuk kek, dirampas daripada kenderaan mereka, menurut Agensi Penguat kuasa Dadah (MDEA) Maine semalam.

    Bertindak atas maklumat, polis menahan kereta itu di Interstate 295 di Gardiner pada Selasa dan anjing pengesan dadah menemui 2 kilogram kokain bernilai AS$200,000 di pasar gelap, menurut MDEA. Turut dirampas ialah wang tunai berjumlah AS$1,900.

    Kira-kira 1 kilogram kokain dibentuk menjadi kek marmar, dengan keladak kopi digunakan untuk menyembunyikan bau kokain itu, kata pegawai.

    Kedua-dua mereka dibebaskan dengan ikat jamin dan dijangka hadir di mahkamah hari ini.

    Masih tidak diketahui sama ada mereka diwakili oleh peguam.

    Ejen percaya dadah tersebut diedarkan di daerah Kennebec dan Somerset.

    MDEA dibantu dalam siasatan oleh Jabatan Polis Winslow, Polis Negeri Maine dan Siasatan Keselamatan Dalam Negeri. – AP

    Gambar serahan Agensi Penguatkuasa Dadah Maine menunjukkan kek yang mengandungi kira-kira 2 paun kokain. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda