Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Daerah Belait buka tirai Majlis Ramah Mesra

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BELAIT, 23 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-77, kelmarin.

    Daerah Belait merupakan daerah pembuka tirai menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi majlis tersebut pada tahun ini dan majlis diadakan di Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Keberangkatan Baginda Sultan di Helipad, Jalan Maulana, Kuala Belait dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku pengerusi jawatankuasa kebangsaan sambutan.

    Kibaran bendera kecil kebangsaan oleh para pelajar dan paluan hadrah mengiringi keberangkatan Baginda berserta kerabat diraja ke Pentas Diraja, Padang Bandaran dan Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ bergema sebaik sahaja Baginda berserta kerabat diraja berangkat tiba di Pentas Diraja.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kelmarin berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait sebagai daerah pembuka tirai sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-77. Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    KDYMM Paduka Seri Bagin-da Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait pada Sabtu lalu. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah di Pentas Diraja, Padang Bandaran, Kuala Belait. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja berkenan beramah mesra bersama para peserta persembahan khas. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai bersama warga Brunei LNG semasa Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-77. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya
    ATAS & BAWAH: Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bercemar duli bersama rakyat dan penduduk Daerah Belait. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Persembahan khas yang melibatkan para pelajar dan belia. – Gambar oleh Khayr Zakariyya

    Baginda berserta kerabat diraja kemudiannya berkenan menyaksikan persembahan khas bertemakan ‘Raja Berdaulat, Berjiwa Rakyat’ yang dijayakan oleh 377 orang peserta terdiri daripada golongan pelajar dan belia.

    Selepas itu, Baginda berserta kerabat diraja dijunjung berangkat ke Pentas Persembahan Khas untuk sesi bergambar ramai bersama para peserta sebelum berangkat bercemar duli bagi majlis ramah mesra bersama rakyat dan penduduk Daerah Belait.

    Antara yang menjunjung keberangkatan pada majlis itu ialah persatuan warga emas dan penduduk serta rakyat dari mukim-mukim di Daerah Belait, pasukan-pasukan beruniform, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan dan swasta.

    Baginda Sultan dan kerabat diraja kemudiannya berkenan berangkat ke Dewan Santap berhampiran Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait bagi majlis santap.

    Doa Selamat dibacakan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Belait, Awang Mohd Shah bin Haji Taip.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...