Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Dah jadi suami, Redza jaga batas dalam lakonan

    Memegang status sebagai suami, pelakon Redza Rosli berkata dia kini perlu lebih menjaga batas pergaulan di antara rakan wanita supaya tidak timbul salah faham sehingga menganggu hubungannya dengan isteri.

    Meskipun Bella Hanna memahami kerjayanya sebagai pelakon, namun Redza atau Ahmad Redza Rosli, 32, berkata dia perlu mengutamakan perasaan isterinya terlebih dahulu.

    “Bella menerima segala kekurangan dan faham kerja saya sebagai seorang pelakon. Jadi saya sendiri kena tahu batas saya dalam lakonan seperti saya buat sebelum ini.

    “Jika ada babak yang tidak bersesuaian boleh bincang dengan pengarah. Kalau rasa tak perlu buat saya tak buatlah,” katanya kepada mStar.

    Pada Jumaat lalu, aktor itu sah bergelar suami kepada Bella atau Farhana Nabila Rosman, 28, dengan sekali lafaz di Forest Valley, Cheras, Selangor.

    Meskipun sudah sah bergelar suami isteri, Redza berkata itu tidak bermaksud dia akan menunjukkan kebahagiaan mereka secara terang-terangan di media sosial.

    Ini kerana dia bimbang jika kemesraan berlebihan yang ditayang itu akan menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

    “Setakat benda tak perlu tunjuk tak perlulah, biar kebahagiaan simpan sendiri sebab akhirnya masalah yang dihadapi bukan orang lain yang selesaikan,” jelasnya. – Agensi

    Redza cuba elak lakukan babak melebihi batas dengan pelakon wanita. – newswav
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...