Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Daie Syed umum nama anak sulung

    Sehari selepas menimang cahaya mata, pendakwah selebriti Daie Syed mengumumkan nama puteri sulungnya itu.

    Syed atau Syed Shah Iqmal Mohammad Shaiful Jamallulail, 29, memilih nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail buat anak pertamanya.

    Kata Syed, nama tersebut dipilih kerana mempunyai makna yang baik dalam Islam.

    “Perkenalkan Sharifah Fatma Nour Jamalullail dilahirkan pada 14 Ogos 2024 bersamaan dengan 9 Safar 1446H.

    “Sharifah bermaksud yang mulia, Fatma adalah pemberian dan Nour adalah cahaya,” katanya menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini.

    Syed memilih nama dengan makna yang baik buat puteri sulungnya. – xtra.com.my

    Menurut mStar, Syed sebelum ini memaklumkan bahawa isterinya iaitu pengacara Hana Ismail selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada Rabu lalu.

    Berkongsi lanjut mengenai kelahiran anak perempuannya, Syed memberitahu isterinya itu bersalin secara normal tanpa sebarang masalah.

    Bersyukur atas kehadiran anak damit berkenaan, Syed turut mengharapkan doa dan sokongan orang ramai buat keluarga kecilnya.

    “Syukur pada Allah atas kelahiran puteri sulung kami, dan isteri bersalin secara normal.

    “Alhamdulillah, kami akhirnya keluarga bertiga. Mohon doakan kebaikan buat keluarga kecil kami,” ujarnya.

    Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda