Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Daiichi, Merck kerjasama bangunkan ubat kanser

    TOKYO, 20 OKT – Saham dalam Daiichi Sankyo Jepun melonjak hari ini selepas kumpulan farmasi itu mengumumkan perjanjian ubat kanser utama dengan gergasi AS Merck bernilai sehingga AS$22 bilion.

    Merck akan membayar Daiichi untuk hak kepada tiga ubat dalam pembangunan yang dikenali sebagai konjugat ubat antibodi (ADC), yang menyerang sel kanser tanpa merosakkan sel sihat di sekelilingnya.

    Saham Daiichi melonjak seketika hampir 18 peratus selepas pengumuman itu dan pada waktu rehat tengah hari di bursa Tokyo naik 12.9 peratus pada 4,041 yen. Perjanjian itu menggabungkan ‘kepakaran ADC Daiichi Sankyo’ dan ‘pengalaman mendalam Merck dalam onkologi dan keupayaan pembangunan klinikal untuk memajukan dan meluaskan jangkauan ADC untuk pesakit merentasi pelbagai jenis kanser’, kata satu kenyataan bersama.

    Merck akan membuat ‘pembayaran pendahuluan AS$4 bilion sebagai tambahan kepada AS$1.5 bilion pembayaran berterusan dalam tempoh 24 bulan akan datang, dan mungkin membuat pembayaran tambahan sehingga AS$16.5 bilion bergantung pada prestasi jualan masa hadapan, untuk jumlah pertimba-ngan berpotensi sehingga AS$22 bilion’, tambahnya.

    Syarikat-syarikat itu akan bersama-sama membangunkan dan berpotensi mengkomersialkan ketiga-tiga ubat itu di seluruh dunia, kecuali di Jepun di mana Daiichi akan mengekalkan hak eksklusif.

    Ketiga-tiga ubat itu berada dalam peringkat perkembangan klinikal yang berbeza untuk rawatan pelbagai tumor pepejal sebagai monoterapi dan/atau digabungkan dengan rawatan lain. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...