Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Daiyan Trisha kesal nama dipetik

    Pelakon dan penyanyi Malaysia, Daiyan Trisha kesal apabila namanya dikaitkan berhubung dakwaan seorang artis terkenal yang kini disiasat Bank Negara Malaysia (BNM) kerana disyaki terbabit dengan kes pengubahan wang haram yang tular sebelum ini.

    Daiyan menerusi hantaran yang dimuat naik di aplikasi X, mengingatkan warganet mengenai kesan fitnah terhadap seseorang.

    Dia juga meminta orang ramai tidak membuat andaian sendiri jika tidak tahu kesahihan sesuatu perkara itu.

    “Berhati-hatilah dalam berkata kerana mulut badan binasa. Langsung bicara terus menuduh, fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh,” tulisnya.

    Bagaimanapun, Daiyan tidak menjelaskan secara terperinci mengenai hantarannya itu.

    Daiyan mengingatkan warganet mengenai kesan fitnah terhadap seseorang.- lifestyleasia.com

    Namun, ramai pihak yang mengaitkan nama Daiyan didakwa antara selebriti yang turut terkait berhubung kes terbabit.

    Sementara itu, semakan di ruangan komen mendapati rata-rata pengikutnya menitipkan kata-kata semangat selain memintanya untuk mengabaikan komen negatif.

    “Kesian la awak. Kalau berita pasal artis buat hal, selalu kena petik nama. Semoga kita semua dijauhi fitnah dunia,” komen warganet.

    “Apa yang lebih menyedihkan, peminat yang terlebih sudu dari kuah. Bukan saja yang sebar fitnah, yang terima bulat-bulat dan percaya tanpa usul periksa fakta sebenar fitnah tersebut lagilah mengecewakan,” komen seorang warganet lagi.

    Menurut Harian Metro, dahulu tular berita seorang artis terkenal yang disyaki terbabit dalam kes penggubahan wang haram dan kini disiasat BNM. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...