Thursday, February 27, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dalam 2 hari IG Malique kumpul lebih 60,000 pengikut

    Penyanyi rap dan komposer Malique mengejutkan peminat apabila muncul dengan akaun Instagram rasminya iaitu Malique Ibrahim Qarma pada Selasa lalu.

    Hanya dalam tempoh dua hari, akaun Malique atau Cairel Edrin Ibrahim, 48, dilihat sudah diikuti oleh lebih 63,000 pengikut.

    Malique yang sinonim dengan panggilan Mr. General bagaimanapun tidak memuat naik sebarang foto memaparkan wajahnya dalam akaun tersebut.

    Sebaliknya penyanyi lagu Sedih Hati itu hanya berkongsi foto-foto lokasi percutian dan gambar beberapa selebriti yang hadir ke studio rakaman miliknya iaitu Qarma Studios seperti Zizan Razak dan Amir Jahari.

    Malah dalam setiap hantaran yang dibuat, tiada satu pun kapsyen yang ditulis oleh Malique.

    Perkara itu menimbulkan tanda tanya buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculan penyanyi tersebut selepas sekian lama.

    Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet gembira dengan kemunculan Malique menerusi akaun berkenaan dan berharap akan ada berita baik daripada penyanyi itu buat peminat.

    “Saya sangat ternantikan Malique buat kemunculan semula, tolong jadikan mimpi saya ini jadi realiti.

    “Tolong Malique, berhenti hilang sebab peminat sangat rindukan kamu.

    “Walaupun Instagram kena mula daripada bawah, Malique tetap menjadi satu figura lagenda buat kami,” tulis warganet

    Selepas pembubaran kumpulan Too Phat pada 2007, Malique memilih untuk membuat haluan sendiri dan tidak pernah muncul di mana-mana platform media selain menghabiskan masa dengan bekerja di belakang tabir.

    Sebelum ini, single Malique berjudul Sedih Hati menarik perhatian ramai selepas video muzik lagu tersebut menampilkan anak sulungnya iaitu Inca Medina yang kini berusia 14 tahun. – Agensi

    Malique buka akaun IG rasmi. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda