Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Danial, Hakim dari kawan kepada lawan

    KUALA LUMPUR, 23 FEB – Di luar bersahabat namun mereka ‘bermusuh’ ketika berlumba.

    Situasi itu mungkin tepat untuk menggambarkan hubungan dua pelumba muda Malaysia, Danial Syahmi Sharil dan Muhammad Hakim Danish Ramli yang akan berentap di pentas Red Bull MotoGP Rookies Cup musim 2023.

    Mana tidaknya, Danial Syahmi dan Muhammad Hakim masing-masing tekad menampilkan tunggangan hebat bagi mengharumkan nama negara dalam saingan yang akan membuka tirai di Portimao, Portugal pada 25 dan 26 Mac ini.

    Danial Syahmi, 21, berkata beliau terpaksa melupakan seketika persahabatan bersama Muhammad Hakim, 15, dalam usahanya me-nempatkan diri dalam kelompok lima pelumba terbaik di akhir musim.

    “Sudah semestinya di luar kami berkawan namun ketika berlumba saya akan lawan habis-habisan dan tak fikir kawan.

    “Musim lepas saya mendapat tempat ke-14 secara keseluruhan namun kali ini saya mahu dapat kedudukan kelima dengan syarat perlu memperoleh kedudukan podium sebanyak yang boleh,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Memandangkan Muhammad Hakim bakal membuat kemunculan sulung pada Red Bull MotoGP Rookies Cup, Danial Syahmi sempat berpesan kepada pelumba berusia 15 tahun itu agar bersedia menerima tentangan sengit pelumba dari negara lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...