Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Marilyn Monroe diabadikan dalam projek Modern Muse

    Imej mendiang ikon Hollywood, Marilyn Monroe akan diabadikan dalam projek NFT baharu yang dipanggil Modern Muse.

    Marilyn Monroe Estate baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan Zeblocks, peneraju dalam ruang NFT dengan tiga koleksi berjaya, untuk melancarkan seni digital itu.

    “Kami berterima kasih kepada Marilyn Monroe Estate kerana memberikan kami kepercayaan dan keistimewaan untuk menjayakan projek tokoh ikonik yang disayangi itu,” lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan Zeblocks.

    “Kecantikan abadinya, bakat yang tidak dapat dinafikan dan warisan yang berkekalan terus memikat dan memberi inspirasi kepada generasi demi generasi, dan kami berbesar hati dapat memainkan peranan dalam memelihara dan berkongsi kisahnya dalam dunia moden,” kata Zeblocks.

    Marilyn Monroe, pelakon Amerika yang sinonim dengan watak berambut perang khususnya pada tahun 1950an dalam filem seperti Gentlemen Prefer Blondes atau How to Marry a Millionaire. Dia juga memenangi pujian kritis untuk Some Like It Hot dan untuk peranannya dalam Bus Stop.

    Seni digital baharu itu menggabungkan imej ikonik Monroe yang dihasilkan daripada filem-filemnya dengan pendekatan inovatif Zeblocks dalam NFT. – Agensi

    Monroe meninggal dunia pada tahun 1962 pada usia 36 tahun, akibat lebihan dos ubat.

    Menurut Zeblocks, seni digital baharu itu menggabungkan imej ikonik Monroe yang dihasilkan daripada filem-filemnya dengan pendekatan inovatif Zeblocks dalam NFT.

    “Kami telah menampilkan semula Marilyn Monroe melalui seni generatif dan teknologi blockchain,” menurut Zeblocks dalam tweet baru-baru ini.

    “Setiap NFT unik itu akan disimpan 100 peratus pada Ethereum (on-chain), membawa Marilyn Monroe ke titik pertemuan seni dan teknologi.”

    Pas keanggotan digital untuk Modern Muse: Marilyn Monroe x Zeblocks dilancarkan hari ini di pasaran OpenSea NFT. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...