Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    ‘Dapatkan dos kedua untuk kanak-kanak’

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Pemberian vaksin COVID kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah terbukti dapat memberi perlindungan daripada kesan-kesan buruk COVID termasuk sindrom keradangan multisistem dalam kanak-kanak (MIS-C) yang boleh menyebabkan komplikasi kepada pemulihan dari COVID.

    “Oleh itu, ibu bapa dan penjaga kanak-kanak bagi umur berkenaan yang telah mendapatkan dos pertama serta sudah cukup masa untuk mendapatkan dos kedua adalah dialu-alukan untuk membawa anak-anak mereka mendapatkan dos kedua bagi melengkapkan vaksinasi COVID,” kata Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    Beliau semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini turut menyatakan sebanyak 1,133 dos vaksin COVID telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 22,753 dos iaitu 53 peratus.

    Manakala, sebanyak 359 dos kedua vaksin COVID telah diberikan kepada kanak-kanak berkenaan membawa kepada jumlah dos kedua yang diberikan kepada kanak-kanak di dalam kumpulan umur tersebut kepada 2,384 dos iaitu 5.6 peratus.

    “Sementara itu, jumlah keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan dua dos vaksin adalah pada kadar 95.1 peratus manakala kadar mereka yang telah menerima tiga dos vaksin adalah sekitar 65.8 peratus,” kongsi Yang Berhormat Menteri Kesihatan lagi.

    Gambar dari AFP menunjukkan dos penggalak Pfizer-BioNTech. Pemberian vaksin COVID kepada kanak-kanak umur lima hingga 11 tahun terbukti memberi perlindungan daripada kesan buruk COVID.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...