Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Darussalam Pilotage Services meriahkan Syawal

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MEI – Bagi memeriahkan lagi bulan Syawal dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama pekerja dan rakan kongsi, Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd telah menganjurkan acara Sambutan Hari Raya Aidilfitri di salah sebuah restoran di Rimba, hari ini.

    Hadir pada acara tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.

    Mengalu-alukan kedatangan para tetamu dan jemputan ke acara yang penuh meriah tersebut ialah Pengurus Besar Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd, Kapten (B) Zil Husam bin Abdul Rahman.

    Menurut Penolong Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran, Dayang Siti Khadijah
    binti Haji Abdul Halid, acara yang turut dihadiri oleh para tetamu dalam kalangan rakan perniagaan, pusat operasi marin dan pegawai serta kakitangan di Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd tersebut merupakan penganjuran kali ketiga, namun ia tertangguh beberapa tahun kebelakangan ini akibat penularan COVID.

    Sambutan Hari Raya berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian sambil para tetamu menikmati juadah hidangan makanan yang disediakan termasuk pelbagai macam kuih dan biskut Hari Raya.

    Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bergambar ramai pada acara tersebut.
    Antara tetamu yang hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda