Wednesday, February 5, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Datuk Siti serah siasatan kes berita palsu

    Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan berhubung penyebaran berita palsu mengaitkan dirinya dengan satu majlis politik di Kedah.

    Kata Siti, dia tidak menyangka apabila ada individu atau pihak yang berani membuat suntingan menggunakan nama dan gambar profil yang diambil di Facebook (FB) semata-mata untuk mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

    “Saya tidak sangka boleh keluar (berita palsu) dan orang berani buat suntingan sebegitu. Sebab kalau mahu kata ada orang godam, memang tiada apa-apa hantaran seperti itu dalam FB saya.

    “Pelaku memang buat suntingan sendiri untuk mengeluarkan berita palsu seperti itu. Jadi, saya serahkan kepada pihak berwajib memandangkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil juga sudah mengeluarkan kenyataan dan akan mengambil tindakan,” katanya kepada BH Online.

    Mengakui terkilan dengan perkara itu, Siti berkata, dia masih berhati perut dan hanya menyerahkan siasatan kepada pihak berwajib supaya dapat dikekang pada masa akan datang.

    “Saya masih berhati perut dalam perkara ini. Apabila menteri sendiri sudah mengutarakan perkara ini, jadi saya serahkan kepada pihak berwajib,” katanya ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Global Station Sdn Bhd di Kemensah Heights, Ampang, semalam.

    Jelas Siti, mungkin disebabkan selama ini hanya memberi amaran dalam media sosial menyebabkan ada pihak yang masih berani menggunakan namanya untuk tujuan penyebaran berita palsu.

    “Disebabkan saya hanya memberi amaran mungkin ada orang masih berani untuk melakukan perkara seperti ini. Kalau tidak keluarkan kenyataan, orang lain pun boleh nampak ia adalah perkara tidak sepatutnya. – Agensi

    Datuk Siti Nurhaliza menyerahkan siasatan berhubung kes berita palsu kepada pihak yang berwajib. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda