Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    David Beckham ada hubungan dengan model Sepanyol?

    Bekas kekasih gelap David Beckham mendakwa dia bukan satu-satunya wanita yang dicurangi bekas pemain bola sepak England berkenaan.

    Rebecca Loos mendedahkan dia pernah menangkap David dengan seorang model Sepanyol ketika menghadiri parti hari jadi pemain bola sepak Brazil iaitu Ronaldo Nazario di sebuah hotel pada 22 September 2003.

    Menurut mStar, Rebecca mendakwa, David dan model berkenaan menyorok di bahagian taman tempat acara berlangsung dan mereka dilihat berbual mesra tanpa menyedari perbuatan itu disedarinya.

    Dia yang bertugas sebagai pembantu peribadi David ketika itu, mendakwa turut mendapat panggilan daripada isterinya iaitu Victoria Beckham, yang gagal menghubungi pemain bola sepak berkenaan.

    “Victoria marah sebab dia cuba menelefon David tetapi panggilan itu tidak berjawab,” dedahnya dalam satu temu bual pada 22 Oktober lalu.

    Rebecca berkata, Victoria dalam perbualan itu memintanya menjejaki David dan dia menuju ke bilik bintang bola sepak itu sebelum mendapati dua orang pengawal peribadi menjaga pintu.

    Ketika salah seorang pengawal masuk memanggil David, dia ternampak model berkenaan sedang baring di atas katil.

    Rebecca berkata, ketika itu hatinya berasa sakit kerana menyedari telah diperbodohkan David kerana turut dicurangi. – Agensi

    David menyangkal pernah menjalinkan hubungan terlarang. – IMDb.com
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...