Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Dayang Khairunnisa Bazilah pemenang bertuah IFF

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Pemenang bertuah sempena imagine Football Fiesta (IFF), DPMM FC menentang EPL Legends, Dayang Khairunnisa Bazilah binti Haji Ismail, telah menerima hadiah berupa sebuah kereta Skoda yang disampaikan pada Majlis Penyampaian hadiah yang berlangsung di Bilik Pameran Skoda, TCY Motors Sdn Bhd di kawasan perindustrian Lambak Kanan, hari ini.
     
    Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh, Pengarah Industri dan Perniagaan Bahagian Ekosistem di Kementerian Kewangan dan Ekonomi atas kapasiti beliau sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Lembaga Pengarah, imagine Sdn Bhd, Allen On. 
     
    Pemenang hadiah utama dalam IFF, Dayang Khairunnisa Bazilah mengongsikan perasaan gembira dan rasa syukur dengan rezeki yang diperoleh sekali gus menjadi pemenang bertuah dalam IFF itu, yang mana ini adalah kali pertama buat beliau memenangi hadiah dalam cabutan bertuah.
     
    Beliau yang membeli tiket bersama kawan-kawan yang lain, tidak menyangka tiket beliau adalah hadiah utama, dan mengucapkan terima kasih kepada imagine dan juga penaja kereta TCY Motors.
     
    Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Awang Muhammad Bazli bin Haji Bahrin yang membawa pulang hadiah berupa dua tiket pergi balik ke United Kingdom.
     
    Manakala tempat ketiga Dayangku Nur Hazimah @Dayangku Rasyidah binti Pengiran Mohd Daud memenangi hadiah Samsung S24, sementara Caden Lambo juga memenangi bola sepak yang ditandatangani oleh EPL Legends dalam Tag dan Ikuti Instagram imagine. 
     
    Turut hadir Pengarah Urusan TCY Motors Sdn Bhd, Teng Chee Khiong, selaku penaja kereta, ahli keluarga pemenang, pelanggan dan pasukan pengurusan daripada TCY Motors Sdn Bhd dan imagine Sdn Bhd.
     
    Pemenang IFF telah dipilih semasa perlawanan yang menampilkan DPMM  FC menentang EPL Legends yang diadakan pada 30 April 2024 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
     
    Perlawanan tersebut telah menampilkan EPL Legends termasuk Dimitar Berbatov, Luis Garcia, Patrik Berger dan Wes Brown menguji kemahiran mereka di atas padang menentang DPMM FC Brunei Darussalam, dan dalam perlawanan itu DPMM FC telah berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 4-2 menentang EPL Legends.
     
    Dayang Khairunnisa Bazilah semasa menerima hadiah sebuah kereta Skoda sempena IFF dalam majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...