Sunday, March 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    De Boer bangga menjadi sebahagian Liga Perdana

    LONDON, 9 Julai – Pengurus baru pasukan Crystal Palace, Frank de Boer percaya kekecewaan sebagai jurulatih Inter Milan telah memastikannya bersedia bagi persaingan dalam Liga Perdana.

    Pemain hebat bola sepak Belanda itu, 47- -yang menghasilkan 112 kap dan memenangi Liga Juara –Juara pada 1995 bersama pasukan Ajax di bawah kendalian Louis van Gaal- -memberitahu The Times dia berbangga untuk bersaing bersama Jose Mourinho dan Pep Guardiola, yang dikenalinya apabila beraksi bagi Barcelona.

    “Dengan jurulatih-jurulatih yang di sini, anda mahu berada di sini, itulah sebabnya saya berbangga,” kata de Boer, yang berada di gergasi Catalan dari 1999-2003.

    “Seorang sahabat saya telah mengucapkan tahniah, yang berkata ‘anda boleh berbangga, anda adalah salah seorang daripada 20 pengurus Liga Perdana, liga terbaik dunia, yang paling ramai ditonton.”

    De Boer yang diambil bertugas sebagai pengurus Crystal Palace baru-baru ini. - AP
    De Boer yang diambil bertugas sebagai pengurus Crystal Palace baru-baru ini. – AP

    De Boer bersama dengan adik kembar Ronald adalah tulang belakang kecemerlangan pasukan kebangsaan Belanda yang berbakat pada 1990an dan awal 2000 berkata dia bersedia untuk bekerjasama dengan pengerusi Palace, Steve Parish dan pasukannya tidak seperti pemilik Inter dari China yang tahu dengan permainan bola sepak mereka.

    “Mereka banyak hukuman dan ganjaran di China. Ia adalah budayanya,” kata de Boer.

    “Pemilik mahu pemain (terkurung) dalam padang latihan selama seminggu kerana mereka tewas satu perlawanan. Mereka melakukannya dan tewas dalam perlawanan seterusnya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda