Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    De Kleijn lakar kemenangan peringkat kali kedua

    MELAKA, 3 OKT – Pelumba Tudor Pro Cycling Team Arvid de Kleijn mencipta sensasi merangkul kemenangan peringkat bagi kali kedua pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 selepas mengungguli peringkat kelima dari Kuala Lumpur ke Melaka sejauh 167.3 kilometer (km), hari ini.

    Pelumba Belanda turut digelar Little Gorilla itu yang melakar kemenangan peringkat keempat semalam berjaya mengekalkan penguasaan podium selepas menjadi peserta pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 35 minit 30 saat.

    Pelumba JCL Team UKYO Matteo Malucelli dan pelumba Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga.

    “Ia merupakan keputusan yang sempurna mengikut saya. Pendahuluan sempurna dari pasukan saya pada hanya sebelum 200 meter (m), saya boleh rasa mereka (pelumba lain) mendekati, jadi perlu terus memecut.

    “Saya fikir Malucelli (pelumba UKYO) berada agak dekat iaitu di belakang tayar basikal saya, dia cuba memotong tetapi tidak berjaya,” katanya. 

    Kejayaan menakluk peringkat kelima itu sekali gus menyaksikan de Kleijn menambah koleksi kemenangan di pentas LTdL selepas pakar pecut itu memenangi peringkat satu dan enam pada edisi 2023. – Bernama

    De Kleijn memenangi perlumbaan LTD Langkawi 2024 peringkat kelima (Kuala Lumpur – Melaka) sejauh 167.3 kilometer, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda