Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    De Minaur singkir Tsitsipas di Acapulco

    BANDAR MEXICO, 1 MAC – Juara bertahan, Alex de Minaur menyingkirkan Stefanos Tsitsipas buat kali pertama untuk mara ke separuh akhir kejohanan gelanggang keras ATP di Acapulco, Mexico, kelmarin.

    De Minaur dari Australia gagal mendapatkan kemenangan dalam 10 pertemuan sebelum ini menentang Tsitsipas dan ia kelihatan lebih kurang sama apabila pemain Greece itu mengatasi set pertama dengan pantas, 6-1.

    Namun De Minaur, pemain pilihan ketiga, yang muncul naib juara selepas kalah kepada juara Terbuka Australia, Jannik Sinner di Rotterdam, bangkit untuk menang 1-6, 6-3, 6-3 dan menempah pertembungan empat terakhir menentang Jack Draper dari Britain.

    “Setiap kali saya perlu bermain dengannya, saya diingatkan tentang (rekod dalam) pertemuan tersebut,” kata De Minaur. “Saya gembira saya mendapat satu kemenangan.”

    Tsitsipas, pilihan kelima, merampas servis De Minaur sebanyak tiga kali pada set pertama.

    Pemain Australia itu muncul sebagai pemenang dalam pertukaran lima pematah servis pada set kedua dan menyelamatkan satu-satunya mata penamat yang dihadapinya pada set ketiga.

    “Saya ingin mengatakan bahawa tiada siapa yang mengalahkan saya 11 kali berturut-turut, tetapi itulah, Stefanos telah menjadi duri dalam daging saya untuk masa yang sangat lama, jadi saya gembira saya dapat mendapatkan semula kemenangan,” kata De Minaur.

    Sementara itu, Draper, 22, menewaskan pemain Serbia, Miomir Kecmanovic 6-2, 6-2 untuk mengesahkan tempatnya dalam kelompok empat terakhir.

    Pusingan separuh akhir lain akan mempertemukan pilihan kedua, Holger Rune dari Denmark menentang pilihan keenam, Casper Ruud dari Norway. – AFP

    Aksi Alex de Minaur semasa perlawanan kejohanan tenis Terbuka Mexico di Acapulco, Mexico pada 29 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...