Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penjenayah tukar aktiviti, pilih jenayah penipuan

    BRUSSELS, 1 MAC – Kumpulan penjenayah terancang beralih daripada aktiviti dadah yang lebih berisiko kepada penipuan di Kesatuan Eropah (EU) dan ramai yang tidak teragak-agak menggunakan kekerasan untuk melindungi aktiviti mereka, kata ketua pendakwa raya blok itu kepada AFP dalam satu temu bual.

    Laura Kovesi berkata penipuan cukai nilai tambah (VAT) menyumbang 59 peratus daripada anggaran AS$21 bilion kerosakan pada belanjawan EU yang timbul daripada kes-kes yang dibuka untuk siasatan tahun lepas oleh Pejabat Pendakwa Raya Eropah (EPPO).

    “Di sebalik penipuan ini secara amnya terdapat beberapa kumpulan jenayah terancang yang beroperasi di mana-mana di Eropah. Mereka sangat fleksibel,” katanya.

    “Kami perlu berhadapan dengan penjenayah yang paling berbahaya,” tambahnya.

    “Dan kebimbangan kami ialah jika kami membiarkan mereka berkembang dan mempunyai lebih banyak kuasa kewangan, sudah tentu mereka boleh menjadi lebih ganas dan mereka boleh menjadi ancaman sebenar kepada keselamatan kami,” katanya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...