Monday, January 27, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dewi Perssik tak boleh berjauhan dengan kekasih

    Penyanyi dangdut sensasi, Dewi Perssik kembali menghangatkan dunia maya apabila memaparkan kemesraannya bersama calon suami iaitu Rully.

    Menerusi satu sesi siaran langsung yang dibuat di aplikasi TikTok, Dewi atau lebih mesra disapa Depe berkongsi momen semasa dia membuat panggilan video bersama Rully.

    Menurut Depe, mereka sudah terbiasa membuat panggilan video selama 24 jam sehari, malah mendedahkan kekasihnya itu tidak boleh berjauhan dengannya termasuk ketika sedang mandi.

    Dalam pada itu, penyanyi berkenaan menceritakan dengan penuh bangga tentang kebahagiaan yang mereka sedang alami sekarang.

    “Sampai sekarang saya masih tidak boleh lepas daripadanya (Rully). Video call terus 24 jam sampai penat.

    Dewi terbuka berkongsi kemesraan dengan kekasih di media sosial. – mStar

    “Ketika saya mandi juga dia masih bersama dan menunggu saya,” katanya.

    Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang terkejut dengan pengakuan dibuat.

    “Wah, mandi pun ditemani menerusi video call.

    “Salah cakap ke ni? Kenapa mandi pun Rully nak tunggu,” tulis warganet.

    Pada Februari lalu, Depe secara terbuka mendedahkan hubungannya dengan seorang juruterbang iaitu Rully, hanya selepas lima bulan bercerai dengan Angga Wijaya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda