Oleh Nurdiyanah R. BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) dan anak syarikatnya, Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB), mengambil kesempatan hari-hari terakhir Ramadan untuk mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran dan Bersungkai Jama’ie di Dewan Mahligai, The Airport Mall, kelmarin. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed.