Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Di sebalik penurunan pasaran minivan

    DETROIT – Ia terkenal sebagai sebuah kenderaan yang banyak dipilih oleh penduduk pinggir bandar pada tahun 1990an dan awal 2000an, namun selepas itu, minivan berdepan ke arah penurunan perlahan yang boleh membawa kepada kepupusan.

    Kebanyakan ibu-ibu lebih memilih kenderaan SUV ini sebagai keperluan dengan tiga baris kerusi. Ramai pembuat kereta telah berhenti menjualnya. Namun apa yang pasti, Chrysler menjual lebih banyak minivan berbanding kenderaan yang lain secara keseluruhannya pada hari ini.

    Bagi pengilang kereta yang masih membuatnya – Fiat Chrysler, Honda, Toyota dan Kia – perniagaan minivan masih lagi bagus disebabkan adanya persaingan. Syarikat-syarikat pengeluar ini berharap ia akan terus bertahan sehingga 23 hingga 38 tahun, bagi memenuhi keperluan keluarga, pintu gelangsar, tempat duduk berlipat, tempat penyimpanan yang banyak dan akses yang mudah untuk berada di barisan ketiga.

    Tahun lalu, jualan minivan menurun kepada 364,000 iaitu ditahap yang paling rendah dalam tempoh lebih daripada 30 tahun dan hanya kira-kira satu perempat dari 1.33 juta telah dijual pada tahun 2000, menurut laman web Auto CarGurus.com.

    Penjualan minivan menurun kepada 16 peratus pada separuh pertama tahun ini, jauh dari 1993 hingga 2005, ketika pembuat kereta menjual lebih dari 1 juta minivan setiap tahun.

    Bagi pengilang kereta seperti – Fiat Chrysler, Honda, Toyota dan Kia – perniagaan minivan masih lagi bagus disebabkan adanya persaingan. – AP
    Kebanyakan ibu-ibu lebih memilih kenderaan SUV ini sebagai keperluan dengan tiga baris kerusi. – AP

    Kadar ‘kelahiran’

    Lazimnya, jualan minivan mengikut kadar ‘kelahiran’, di mana telah menurun selama 32 tahun, kata George Augustaitis, pengarah analisis industri untuk CarGurus, yang meramalkan penurunan lebih lanjut.

    Namun bagi pembuat kenderaan itu, minivan adalah satu perniagaan yang baik. Satu-satunya pesaing besar dalam minivan Fiat Chrysler ialah seperti Honda Odyssey dan Toyota Sienna. Kia pula menawarkan Sedona, akan tetapi jualan agak kecil.

    Pada awal tahun 2000, hampir setiap pembuat kereta mempunyai kereta minivan, di mana 18 buah syarikat telah menjual minivan pada tahun 2005, kata CarGurus. Memandangkan Ford dan beberapa buah syarikat lain yang menghentikan minivan berikutan jualan jatuh, angka tersebut terus menjunam hanya dalam masa lima tahun.

    Bagi Melanie Matcheson 44, yang tinggal berhampiran Waterbury, Connecticut berkata bahawa tidak ada kenderaan lain selain sebuah kereta minivan yang dapat membawa dua kanak-kanak dewasa dan lima anak berumur 2 hingga 22 tahun.

    Matcheson telah membeli Pacifica yang mempunyai lapan penumpang pada pertengahan Jun lalu yang berharga AS$31,000 dan diskaun AS$8,000.

    Dia telah menyewa sebuah SUV besar, Chevrolet Suburban akan tetapi dia tidak menyukai akan ‘gas mileage’ kereta tersebut dan berkata bahawa kereta kecil SUV tidak mempunyai ruang minyak yang besar. Matcheson tidak mempedulikan stigma tentang minivan yang terkenal pada tahun 1990an.

    Kuniskis dari Fiat Chrysler berharap akan lebih ramai individu seperti Matcheson yang melihat minivan mempunyai pelbagai varian.

    Sekurang-kurangnya satu syarikat kenderaan autonomi telah menemui van yang optimum bagi perkhidmatan pengangkutannya.

    Google Spinoff Waymo membeli sehingga 62,000 Pacificas daripada Fiat Chrysler dan menggunakannya untuk membawa orang ramai serta menguji sistem pemanduan sendirinya.

    CarGurus Augustaitis berkata bahawa minivan itu boleh digunakan seperti ruang tamu atau pejabat apabila kenderaan autonomi itu mula beroperasi untuk membawa orang ramai di lokasi yang lebih banyak. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda