Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dia tetap syurga saya dunia akhirat – Atta Halilintar

    Sejak insiden menegur pengacara majlis tidak menyebut gelaran haji anak-anaknya, imej bersih ibu kepada personaliti media sosial Indonesia terkenal, Atta Halilintar sudah tercalar teruk.

    Ibu Atta iaitu Geni Faruk turut menjadi mangsa buli siber sehingga sering menerima pelbagai kata-kata kecaman dan cacian warganet.

    Sedih melihat nasib menimpa Geni, Atta menjelaskan dia akan sentiasa berada di samping ibunya dalam apa juga keadaan.

    Jelas Atta, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai anak untuk mempertahankan ibunya dan berasa sedih dengan apa menimpa syurganya itu.

    “Sebagai anak saya sedih dan akan selalu doakan ibu saya. Macam mana pun, dia tetap ibu saya dunia akhirat.

    Atta berjanji untuk mempertahankan ibunya. – mStar

    “Saya hormat ibu saya dan kalau sesiapa tanya saya tentang isu tersebut saya akan tetap membelanya,” katanya memetik laporan mStar.

    Bercerita mengenai sikap Geni, Atta memberitahu ibunya seorang yang suka bergurau dengan orang lain.

    Namun adakalanya gurauan yang disampaikan disalah erti sesetengah pihak memandangkan ibunya itu membawa imej serius.

    “Ibu saya suka bergurau dan buat lawak tapi saya rasa orang tak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.

    “Ibu saya orang yang terpelajar dan muka dia pun agak serius dan sebab itu orang sangka dia sombong,” jelasnya.

    Sebelum ini, Geni mencuri perhatian apabila berkeras mahu anaknya iaitu Thariq Halilintar dipanggil dengan gelaran haji memandangkan anaknya itu pernah mengikutnya menunaikan ibadah haji ketika usianya dua bulan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda