Pelakon Diana Danielle, 32, yang baru bercerai dengan bekas suami juga pelakon, Farid Kamil, 42, pada 10 Ogos lalu, menarik perhatian warganet dalam akaun media sosialnya.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Diana memuat naik tiga keping fotonya di sebuah restoran dengan memegang tangan seseorang yang sekali gus membuat warganet terhibur.
Ini kerana, tangan dipegang pelakon filem Imaginur itu adalah rakan wani-tanya, namun segelintir warganet tetap meminta Diana menghormati tempoh edah yang masih baharu.
Tampil menggayakan dress tanpa lengan berwarna gabungan merah putih dengan kapsyen foto ditulis, ‘you’re on a date with me’ (awak sedang ‘dating’ dengan saya), nyata membuat warganet tertarik menulis pelbagai komen.
Rata-rata warganet ada menegur Diana agar dia menjaga tempoh edah, batas pergaulan serta status diri sebagai ibu tunggal.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P18-A-web-mstar_17082023.jpg)
“Jaga edah, kita ini orang Islam,” tulis seorang warganet.
“Dah tentu-tentu tangan kawan perempuan dia,” tulis seorang lagi warga maya.
“Alahai, janganlah ‘pembaris’ sangat, ini idea-idea content saja,” kata warganet.
“Subhanallah, cantiknya macam anak dara,” tulis warganet di ruangan komen.
Terdahulu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson sah bercerai talak satu dengan Farid secara atas talian online di aplikasi Google Meet di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Kemelut rumah tangga pasangan yang berkahwin selama 11 tahun ini mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.
Diana mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbala-han yang berpanjangan selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk perceraian itu. – Agensi