Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Diana Rafar beri bantuan buat artis veteran

    Pelakon Diana Rafar tidak menyangka program Pocket to Pocket Artist yang dianjurkan olehnya bersama suami iaitu Zamarul Hisham mendapat sambutan baik dalam kalangan selebriti yang ingin sama-sama memberi sumbangan.

    Meskipun niatnya itu baik, Diana atau Adiana Abdul Rafar, 42, bagaimanapun berkata ada juga rakan selebriti yang mempertikaikan usaha murninya itu.

    “Apabila saya mula berkongsi poster program ini ramai rakan artis yang menghubungi dan mahu sama-sama membantu. Ada antara mereka yang kesal kerana tidak diberitahu awal tentang program baik sebegini.

    “Dalam masa sama, ada juga artis popular dan kaya yang pertikaikan niat ini. Katanya, dia boleh berikan sendiri ikut keikhlasan hati tanpa sertai penganjuran program sebegini.

    “Bukan itu sahaja, ada pula yang sekadar mahu berikan produk. Untuk apa beri produk kalau ia mungkin tidak digunakan.

    Program ini untuk memberi kegembiraan buat rakan artis yang hadir selain membantu mereka,” katanya kepada mStar.

    Diana memulakan inisiatf berkenaan sempena penganjuran program Selebriti Bersama Mufti yang turut mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

    Acara yang dianjurkan di kediamannya baru-baru ini turut dihadiri oleh Mufti Selangor, Datuk Prof Madya Dr Anhar Opir yang turut mengadakan sesi berkongsi ilmu dengan tetamu yang hadir pada majlis berkenaan. – Agensi

    Diana dan Zamarul lakukan persiapan selama sebulan menganjurkan majlis bersama mufti. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...