Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lanjut waktu operasi sempadan

    Musim cuti persekolahan sudah tiba dan sudah tentu ramai yang suka bercuti ke negara jiran dengan hanya menggunakan jalan darat.

    Tetapi apabila ramai yang ‘menyubalah’ maka terjadilah perkara yang kurang menyenangkan seperti barisan kenderaan yang panjang hingga lebih 4km jauhnya dan terpaksa menunggu berjam-jam sebelum tiba di pos kawalan.

    Menurut perkongsian beberapa kenalan penulis di laman media sosial, mereka menyua-rakan pelbagai rungutan tentang sistem yang masih belum berubah dan kurang cekap.

    Percutian yang diharapkan berjalan lancar dan indah tiba-tiba dihambat dengan barisan panjang kenderaan sekali gus menyebabkan keletihan, kerugian masa dan menjejaskan kenderaan.

    Sehubungan itu, penulis ingin menyuarakan pandangan agar pos kawalan sempadan Brunei dan negara jiran dapat melanjutkan jam operasi sehingga 12 malam seperti dahulu sebelum pandemik COVID melanda dunia.

    Gambar Freepik

    Diharap pihak-pihak yang berkenaan dapat mempertimbangkan hal tersebut kerana orang ramai amat mengharapkan perkhidmatan yang cekap dan menyenangkan.

    Selain itu, pihak-pihak berkenaan juga diharap dapat memikirkan cara terbaik atau bekerjasama dengan negara jiran untuk menyelesaikan isu dan permasalahan yang sering berbangkit ini.

    Penulis juga mencadangkan agar bilangan kaunter untuk mengecop pasport juga ditambah terutama semasa waktu sibuk.

    Selain itu, penulis turut menyeru orang ramai yang membuat perjalanan keluar ne-gara supaya menitikberatkan keselamatan dan kesihatan.

    Sebagai rakyat Brunei sentiasalah berwaspada dan menggunakan pelitup muka apabila berada di tempat yang sesak.

    Ahmad

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...