Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Didakwa di mahkamah, pecah patung kuil

    TAIPING, 25 OKT – Seorang lelaki yang disyaki memecahkan patung di sebuah kuil di Matang, didakwa di Mahkamah Sesyen di Taiping, Malaysia, hari ini atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya, minggu lepas.

    Mohamad Firdaus Taufek, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

    Dia didakwa tanpa kebenaran sah memiliki senjata berbahaya iaitu satu tukul besi berhulu kayu dan satu tukul besi berhulu besi di Kuil Sri Mangala Nayagi Amman, Matang di sini kira-kira 7 pagi hingga 7:30 pagi, 18 Oktober lepas.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Ng Yan Ni menawarkan jaminan RM20,000, manakala tertuduh yang bekerja kampung di ladang kelapa sawit tidak diwakili peguam.

    Hakim Nabisha membenarkan tertuduh diberikan jaminan RM7,000 dengan dua penjamin warganegara serta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis setiap bulan, manakala pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

    Mahkamah kemudian menetapkan 28 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

    Pada 18 Oktober lepas, polis menerima laporan yang menyatakan saksi melihat tertuduh bertindak agresif dengan memecahkan patung kuil terbabit dalam keadaan hanya memakai seluar dalam.

    Hasil siasatan dilakukan, pihak polis menahan suspek serta merampas dua tukul besi dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu, selain ujian saringan air kencing mendapati suspek positif ganja (THC). – Bernama

    Mohamad Firdaus Taufek disyaki memecahkan patung di sebuah kuil di Matang, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya, minggu lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...