Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    Didenda $100 buang sampah atas atap

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Seorang lelaki warganegara India, Mohammad Jameel Farid, telah dikenakan kompaun sebanyak $100 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 iaitu membuang sisa-sisa makanan di atas atap rumah pekerja Ahbab Sdn Bhd sehingga jatuh ke kawasan belakang di tempat awam.

    Mohammad Jameel dikehendaki menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.
    Jika gagal membayar denda tersebut, individu tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $1,000 dan tidak melebihi $3,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $3,000 dan tidak melebihi $9,000 atau dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Kawasan di mana pekerja India membuang sisa-sisa makanan di atas atap sehingga jatuh di kawasan belakang tempat awam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...