Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $3,000 kerana curi telefon bimbit

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun telah diperintahkan untuk membayar denda sebanyak $3,000 kelmarin setelah tertuduh mengaku bersalah awal minggu ini atas kesalahan mencuri telefon bimbit dari sebuah kedai di Kuala Belait.

    Jika gagal membayar denda tersebut, tertuduh, Mohammad Saiful Bahri Maidin, akan menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.

    Timbalan Pendakwa Raya Sabrina binti Haji Mahmud mendedahkan kepada Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu bahawa tertuduh telah melakukan perbuatan tersebut pada malam 19 Julai lalu di mana tertuduh pergi ke salah sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Pretty Kuala Belait bersama isteri dan tiga orang anaknya dengan tujuan isteri tertuduh ingin membeli kad SIM di kedai tersebut.

    Ketika isteri tertuduh sedang membeli kad SIM di kaunter, tertuduh meninjau sekeliling kedai berkenaan sambil mendukung salah seorang anaknya lalu ternampak telefon bimbit dipamerkan.

    Tertuduh kemudian melihat pembantu kedai berkenaan mencabut telefon bimbit dari pemegang paparan keselamatan. Setelah melihatnya, tertuduh memandang sekeliling untuk memastikan tidak ada yang melihat dan menggunakan tangan kirinya, dia mencabut telefon bimbit dari paparan dan segera memasukkannya ke dalam poket seluar sebelah kirinya.

    Tidak lama kemudian, tertuduh dan keluarganya beredar dari kedai tersebut.

    Kakitangan kedai yang menyedari akan kehilangan telefon tersebut dari paparannya pada malam yang sama memeriksa rakaman CCTV se-hinggalah mendapati perbuatan tertuduh.

    Laporan dibuat ke balai polis Kuala Belait yang mana siasatannya membawa kepada penangkapan tertuduh pada waktu tengah malam di sebuah rumah di Pandan Enam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda