Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $500 longgok sampah binaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Sebuah syarikat di Tapak Perindustrian Beribi II, Gadong B telah dikenakan denda kompaun sebanyak $500 kerana melonggokkan sampah binaan di tempat awam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong hari ini, LSL Sdn Bhd telah didapati melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 dan diberi tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda berkenaan.

    Jika gagal membayarnya, syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 bagi kesalahan pertama.

    Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000, atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

    ATAS & BAWAH: Sampah-sarap kelihatan dilonggokkan di tempat awam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda