Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda papar papan tanda tanpa kebenaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Sebuah syarikat telah dikenakan denda kompaun $500 kerana memaparkan papan tanda perniagaan tanpa kebenaran di sebuah unit kedai di Pusat Membeli-belah Times Square, Kampung Jaya Setia, Mukim Berakas, hari ini.

    Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), dalam kenyataannya, di sini, menyatakan bahawa kompaun itu dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 12, Peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda) 2016. Syarikat berkenaan diberikan tempoh selama 14 hari untuk menjelaskan denda kompaun berkenaan.

    ABCi menasihatkan orang ramai untuk memastikan syarikat pengiklanan yang dilantik mempunyai pendaftaran yang sah serta mana-mana papan tanda perniagaan atau papan-papan iklan yang dipaparkan di luar kawasan premis perniagaan hendaklah mendapatkan kebenaran mengikut Peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda) 2016.

    Orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.abci.gov.bn.

    Pegawai ABCi mengeluarkan kompaun kepada sebuah syarikat yang memaparkan papan tanda perniagaan tanpa kebenaran di sebuah unit kedai di pusat membeli-belah di Kampung Jaya Setia, kelmarin. – Gambar serahan ABCI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda