Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Didik kesedaran kanser kolorektal

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Dengan objektif untuk mendidik orang ramai tentang tanda-tanda dan gejala kanser kolorektal (CRC), kaedah saringan, rawatan yang tersedia, dan menggalakkan saringan proaktif CRC, Pasukan Kesedaran Kanser Kolorektal dan Pendidikan Risiko bagi Pemeriksaan Brunei (Bru-CARES) telah menganjurkan seminar mengenainya, hari ini.

    Diadakan di Bangunan Tambahan, Insti-tut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), Universiti Brunei Darussalam (UBD), sebagai sebahagian daripada Modul Kajian Khas, seminar itu juga berobjektif untuk menilai keberkesanan pameran dan ceramah kesedaran CRC mengenai pengetahuan dan sikap peserta terhadap CRC.

    Ia menyasarkan pelajar dan kakitangan dari UBD, Universiti Teknologi Brunei (UTB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Politeknik Brunei serta menampilkan pelbagai ahli panel pakar.

    Seminar tersebut merupakan salah satu daripada aktiviti yang dianjurkan oleh Pasukan Bru-CARES di PAPRSB IHS, yang juga termasuk Cabaran Play 4 CARES dan beberapa pameran dalam usahanya untuk meningkatkan kesedaran tentang aktiviti yang dijalankan oleh Bru-CARES.

    Cabaran berkenaan adalah aktiviti berkumpulan yang melibatkan penyelesaian kes misteri dengan menggabungkan soalan mengenai kanser kolorektal. Setiap kumpulan mempunyai empat peserta dan pasukan pertama yang melengkapkan cabaran diberikan hadiah.

    Manakala itu, pameran-pameran terdiri daripada pondok interaktif dan permainan pendidikan, pameran video pendidikan dan soal selidik pra dan pasca bagi menilai perubahan dalam tahap pengetahuan para pengunjung yang hadir menyertai acara tersebut.

    Salah seorang penceramah jemputan yang diundang semasa seminar tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...