Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Dengan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mulai dari hari ini Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi dikenali dengan nama Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
Surat pengisytiharan tersebut telah dibacakan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris pada Istiadat Bersanding Pengantin Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, di sini, hari ini.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/01/P3-2-Dikurnia_24012022.jpg)