Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Dilema pelajar: Program luar atau keutamaan peperiksaan?

    Kepada sidang pengarang, saya sekadar ingin meluahkan perasaan geram yang sudah lama terpendam ini saja.

    Saya sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan geram bukan dendam, dengan sebilangan pensyarah di salah sebuah universiti pengajian di negara ini. Hakikatnya, dalam dua minggu kebelakangan ini, saya terpaksa akur dengan arahan pensyarah untuk mengikuti banyak program luar dan juga menghadiri beberapa forum, walhal tarikh peperiksaan semakin hampir, hanya dalam beberapa hari saja lagi. Di manakah rasa pertimbangan cendekiawan mereka itu? Pernah juga saya enggan mengikuti program tersebut, akhirnya prestasi saya direkodkan sebagai kurang baik dan bahkan sampai didenda oleh pensyarah berkenaan.

    Mohon bimbingan nasihat dan saranan yang mungkin bermanfaat untuk saya boleh mengatasi masalah tersebut.

    Abu Ubaidah

    NASIHAT DANG MP

    Dalam pandangan saya, ada baiknya jika awda mengaplikasikan beberapa cadangan yang munasabah seperti berikut yang mungkin dapat membantu awda mengatasi masalah tersebut:

    1. Berbincanglah dengan bijak: Seharusnya awda luangkan masa untuk berbincang dengan pensyarah atau pihak atasan mengenai masalah itu. Maklumkan bahawa banyak program ketika musim peperiksaan mengganggu fokus belajar dan menambah tekanan awda dan pelajar lain. Mungkin mereka kurang peka dengan perkara itu terhadap prestasi pelajar.

    Gambar Freepik

    2. Buat jadual yang teratur: Rancang jadual belajar yang betul-betul efektif supaya ada masa yang cukup untuk awda mengulangkaji menjelang peperiksaan. Utamakan ulangkaji dan pastikan ada masa rehat dan santai.

    3. Adakan pembelajaran secara berkumpulan: Ajak kawan-kawan sekelas untuk buat pembelajaran secara berkumpulan supaya boleh berkongsi kerja dan saling mendokong antara satu sama lain dalam persiapan peperiksaan. Dengan cara ini, awda boleh meng-ikuti program yang ditetapkan oleh pensyarah tanpa terlalu stres.

    4. Cari alternatif: Kalau boleh, cuba cadangkan alternatif kepada pensyarah atau pihak atasan untuk kurangkan bilangan program yang mungkin menganggu musim peperiksaan. Contohnya, buatkan program lepas peperiksaan atau bagi pilihan lain seperti online bagi mereka yang tidak dapat datang secara fizikal.

    Ingat, penting juga untuk awda kekalkan komunikasi yang baik dan berterusan dengan pensyarah dan pihak atasan sambil cari jalan penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Cadangan lampu trafik di Pusing Keliling Pengiran Babu Raja

    Baru-baru ini, saya melalui Pusing Keliling Pengiran Babu Raja...

    Meja makan kosong, hati penuh sepi

    Kadang-kadang saya tertanya, bagaimana rasanya hidup dalam keluarga yang...

    Tidak sempat hargai kasih nenek

    Assalamualaikum, saya nak cerita sedikit tentang rasa penyesalan yang...

    ‘BFF’ jadi madu

    Aku tak pernah sangka, orang yang paling aku percaya,...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...