Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Diplomat tertinggi bincang bantuan kemanusiaan Sudan

    PARIS, 15 APRIL – Peperangan selama setahun di Sudan telah memusnahkan negara itu dan mendorong rakyatnya di ambang kebuluran.

    Diplomat tertinggi dan kumpulan bantuan sedang bermesyuarat hari ini di Paris untuk meningkatkan sokongan kemanusiaan terhadap negara timur laut Afrika itu bagi mengelakkan kemusnahan dan kesengsaraan selanjutnya.

    Sudan mengalami konflik pada April tahun lalu apabila ketegangan meningkat antara tentera dan Pasukan Sokongan Pantas separa tentera (RSF) berubah menjadi pertempuran terbuka di ibu negara, Khartoum, dan tempat lain di seluruh negara.

    Anggota masyarakat sivil Sudan dan NGO tempatan akan terlibat dalam mesyuarat Paris, tetapi tentera Sudan dan pesaingnya RSF tidak akan diwakili.

    Kempen kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memerlukan kira-kira AS$2.7 bilion tahun ini untuk mendapatkan makanan, penjagaan kesihatan dan bekalan lain bagi 24 juta orang di Sudan iaitu hampir separuh daripada 51 juta penduduknya.

    Setakat ini, pembiaya hanya memberikan AS$145 juta, kira-kira 5 peratus, menurut pejabat kemanusiaan PBB, yang dikenali sebagai OCHA.

    Menteri Luar Perancis, Stephane Sejourne berkata matlamat persidangan hari ini adalah untuk menggerakkan dana kemanusiaan bagi membantu rakyat Sudan, yang telah menjadi mangsa kedua-dua ‘perang yang dahsyat’ dan ‘sikap tidak peduli pihak antarabangsa.’

    “Ia satu tugas yang besar,” kata Sejourne. “Ia adalah peperangan yang tidak diingini oleh rakyat Sudan, perang yang hanya mencetuskan huru-hara dan penderitaan,” tambahnya.

    Pesuruhjaya Pengurusan Krisis Kesatuan Eropah, Janez Lenarcic, berkata blok 27 anggota itu berusaha memastikan Sudan tidak diabaikan ketika peperangan di Gaza dan Ukraine menjadi tajuk berita utama antarabangsa. – AP

    Gambar fail Duta Sudan ke PBB, Al-Harith Idriss Al-Harith Mohamed (ketiga kanan bawah), semasa mendengar ucapan pada mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai situasi di Sudan pada 13 Julai 2023, di ibu pejabat PBB. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...