Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Ditahan kerana menyamar sebagai polis

    SANDAKAN, 30 Nov – Polis menahan seorang lelaki warga Filipina yang disyaki menyamar sebagai anggota polis untuk memeras ugut bagi mendapatkan wang daripada warga asing yang tiada dokumen pengenalan diri.

    Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata suspek berumur 30 tahun yang juga tiada dokumen pengenalan diri itu ditahan kira-kira 3:50 pagi semalam di kawasan Sedco Industri Batu 3, dekat sini.

    Tertuduh ditahan bersama sebuah kereta dipandunya dan pemeriksaan lanjut menemukan beberapa barangan berlogo polis iaitu baju dan tali pinggang, kad yang diubah suai seakan waran polis serta sekeping kad pengenalan dan lesen memandu milik orang lain, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Beliau berkata ujian air kencing mendapati lelaki itu juga positif syabu dan hasil siasatan menunjukkan suspek mempunyai kesalahan lampau sebagai penagih dadah pada 2012.

    Mohd Azhar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan.

    Sementara itu, beliau berkata sepanjang bulan ini, pihaknya turut menyelesaikan tujuh kes jenayah lain. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini