Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic intai gelaran Golden Grand Slam

    TOKYO, 22 JULAI – Ketika Novak Djokovic memperingkat usaha untuk mencipta sejarah dan mengejar gelaran Olimpik di Tokyo, pemain nombor satu dunia itu hari ini seakan merasa tidak percaya memenangi kalendar Golden Grand Slam boleh menjadi kenyataan.

    Sejarah memberi penghargaan kepada pemain kelahiran Serbia itu setelah kemenangan di Terbuka Australia, Roland Garros dan Wimbledon, dengan Djokovic berusaha mengikut jejak langkah Steffi Graf yang tiada tandingannya dari tahun 1988 ketika dia menyapu keempat-empat gelaran dan meraih emas dalam perseorangan wanita di Seoul.

    “Saya sangat menghormati dan mengagumi Steffi dan semua yang telah dicapai dalam kariernya dan pencapaian tertinggi dalam sukan kami,” kata Djokovic pada sidang media pasukan Serbia.

    “Ketika saya memikirkan pencapaian tertinggi yang dimilikinya, yang merupakan empat pingat emas Slam dan Olimpik dalam satu tahun, saya tidak menyangka akan berlaku, saya tidak mahu mengatakan dapat dicapai, tetapi ada peluang yang tipis bahawa seseorang dapat melakunya lagi, lelaki atau perempuan.“

    Dengan saingan lama Rafael Nadal dan Roger Federer terlepas aksi di Tokyo, Djokovic adalah pemain pilihan untuk mahkota Olimpik.

    “Sekarang ini nampaknya semakin realistik bagi saya. Sudah tentu ia adalah salah satu tujuan dan impian, tetapi sukar untuk membandingkan sukan dan keadaan pada masa dia bermain dan sekarang,” kata Djokovic.

    “Akan tetapi, mentaliti juara Steffi adalah sesuatu yang memberi inspirasi kepada saya. Berharap saya dapat menggunakannya dalam aksi saya yang akan datang.”

    Djokovic memenangi gangsa pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing tetapi gagal memperoleh pingat empat tahun kemudian berikutan kekalahan oleh Juan Martin del Potro. Pemain Argentina itu kemudian menyingkirkan Djokovic yang tewas di pusingan pertama di Rio de Janeiro. – AFP

    Aksi Novak Djokovic semasa sesi latihan di Gelanggang Tenis Ariake menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda