Monday, March 17, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic kembali berbisa

    TOKYO, 1 OKT – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, kelihatannya sudah pulih daripada kecederaan bahu kirinya dengan menewaskan pencabar dari Australia di Terbuka Jepun, kejohanan pertamanya sejak menarik diri dari Terbuka AS.

    Bintang Serbia itu meraih kemenangan 6-4, 6-2 ke atas Alexei Popyrin, yang bermain dengan penuh semangat di Ariake Colosseum.

    Popyrin, yang bermain secara ofensif, telah menghasilkan beberapa servis menarik menentang Djokovic.

    Tetapi Djokovic, yang mengambil bahagian di kejohanan itu buat pertama kali, tetap tenang dan berjaya memenangi kedua-dua set perlawanan.

    Ia merupakan saingan perseorangan pertama Djokovic sejak menarik diri dari perlawanan pusingan keempat Terbuka AS menentang Stan Wawrinka dari Switzerland disebabkan kecederaan pada bahu kirinya.

    Ketika dia membuat persiapan bagi acara perseorangan kejohanan itu, Djokovic telah beraksi dalam acara beregu kelmarin dan berkata bahunya dalam keadaan ‘baik’.

    Sementara itu, Wawrinka tidak menyertai kejohanan tersebut disebabkan kecederaan.

    Djokovic meraikan minggu ke-271 sebagai pemain nombor satu dunia, memegang gelaran itu bagi kedudukan ketiga minggu paling lama, mengatasi rekod Ivan Lendle dari Amerika.

    Bintang Serbia itu kini mengejar Pete Sampras dengan 286 minggu, dan Roger Federer, 30 minggu. – AFP

    Novak Djokovic membalas pukulan lawannya, Popyrin semasa beraksi pada kejohanan Terbuka Jepun di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda