Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic sedar ancaman Rusia

    NIS, 3 Feb – Novak Djokovic mengakui bahawa dia sedar dengan ancaman Rusia sekembalinya bersama Serbia dalam Kumpulan Dunia Piala Davis bagi aksi pusingan pertama hujung minggu ini.

    Pemain nombor dua dunia itu akan menentang Daniil Medvedev di atas gelanggang permukaan keras kegemarannya di Nis.

    “Pasukan Rusia begitu muda, bermotivasi dan kami tidak boleh memandang rendah dengan kebolehan mereka dalam apa jua keadaan,” tegas Djokovic, satu-satunya pemain 10 teratas dunia yang bermain hujung minggu ini.

    Djokovic berkata bahawa dia mengalu-alukan kepulangannya ke tanah air selepas kecewa kerana tersingkir dalam pusingan kedua Terbuka Australia kepada Denis Istomin.

    “Ia adalah satu perasaan istimewa apabila kami semua berkumpul dan bermain untuk negara kami,” katanya.

    “Ia satu atmosfera yang istimewa setiap kali kami berkumpul bersama.”

    Djokovic juga akan beraksi pada hari Ahad menentang Khachanov, dengan beregu menampilkan Nenad Zimonjic.

    “Saya pasti penyokong tanah air akan menyokong kami untuk mendapatkan kejuaraan di sini,” kata Zimonjic.

    Rusia telah memenangi pertemuan sebelum ini pada tahun 2008, menewaskan sebuah pasukan yang terdiri daripada Troicki dan Djokovic. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda