Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Djokovic, Swiatek teraju Piala United

    SYDNEY, 20 OKT – Novak Djokovic dan Iga Swiatek akan menjadi tumpuan dalam acara berpasukan campuran Piala United yang berwajah baharu di Perth dan Sydney dari 29 Disember hingga 7 Januari sebagai salah satu kejohanan pemanas badan utama bagi kejohanan Terbuka Australia.

    Pasukan Poland, yang diketuai oleh pemain ranking kedua dunia dan juara Grand Slam empat kali, Swiatek dan Hubert Hurkacz, telah dinamakan sebagai pilihan utama untuk edisi 2024 selepas penyertaan daripada 16 negara terbaik dikeluarkan oleh Tenis Australia hari ini.

    Stefanos Tsitsipas dan Maria Sakkari akan mengetuai pilihan kedua Greece, dengan juara bertahan Amerika Syarikat, yang menampilkan Jessica Pegula dan Taylor Fritz sebagai pilihan ketiga. Perancis, yang merupakan pilihan nombor empat, akan diketuai oleh Caroline Garcia dan Adrian Mannarino.

    Juara Wimbledon, Marketa Vondrousova akan mengetuai pasukan Republik Czech bersama Jiri Lehecka, manakala Croatia melengkapkan pilihan enam teratas, menampilkan Borna Coric dan Donna Vekic.

    Empat negara akan membuat penampilan sulung pada 2024.

    Serbia, yang diketuai oleh Djokovic dan Olga Danilovic, dan Kanada, yang menampilkan Felix Auger-Aliassime dan Leylah Fernandez, akan bertanding buat kali pertama. Qinwen Zheng dan Zhizhen Zhang dari China dan Tallon Griekspoor dan Arantxa Rus dari Belanda juga akan membuat penampilan sulung mereka.

    Penyertaan lain termasuk Casper Ruud dari Norway, Alexander Zverev dari Jerman dan Angelique Kerber dan Cameron Norrie dari Britain. Setiap perlawanan akan terdiri daripada perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu campuran. Terbuka Australia dijadualkan berlangsung di Melbourne Park dari 14 hingga 28 Januari. – AP

    Swiatek bergambar bersama trofinya selepas memenangi kejohanan tenis Terbuka China di Diamond Court, Beijing pada 8 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...