Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ed Sheeran ubati rindu peminat Malaysia

    Khabar gembira buat peminat Ed Sheeran apabila penyanyi popular itu menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu lokasi pilihannya untuk mengadakan konsert jelajah + – = ÷ x (The Mathematics Tour).

    Ed dijangka bakal mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Februari tahun depan.

    Tidak tampil seorang diri, Ed turut membawa penyanyi Calum Scott sebagai penyanyi undangan bagi menghiburkan penonton di Malaysia nanti.

    Kali terakhir penyanyi lagu Perfect itu datang ke Malaysia pada 2019 sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia.

    “Penantian sejak 2019 sudah berakhir! Ed Sheeran akhirnya kembali ke Malaysia menerusi malam yang sempurna dan pasti tidak dapat dilupakan peminat,” kata pihak penganjur PR Worldwide, dalam satu kenyataan media kepada mStar.

    Bagi pemegang kad UOB, mereka boleh membeli tiket pada 25 Oktober bermula pukul 10 pagi.

    Bagaimanapun, harga tiket masih belum diumumkan secara rasmi.

    Selain Kuala Lumpur, Sheeran juga akan mengadakan konsert jelajah di Jepun, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina dan India dari 27 Januari hingga 16 Mac 2024. – Agensi

    Ed dijangka bakal mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...