Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic tidak suka diejek penonton Wimbledon

    LONDON, 9 JULAI – Mungkin penonton memberi tabik hormat kepada lawan Novak Djokovic dengan menyebut namanya atau mungkin mereka mengejek Djokovic. Tetapi juara Grand Slam 24 kali itu pasti dia diejek dan dia memberitahu semua orang bahawa dia tidak sukakannya.

    Djokovic dengan mudah menewaskan pilihan ke-15 Holger Rune 6-3, 6-4, 6-2 dalam masa lebih dua jam malam kelmarin untuk mara ke suku akhir Wimbledon, kemudian memastikan untuk menyampaikan mesej kepada penonton yang dia fikir menentangnya.

    Penyokong Rune di pelbagai kejohanan selalunya akan menyebut nama belakang “Ruuuuuune!” yang kedengaran agak serupa dengan “Boooooo!” dan itu berlaku lagi kelmarin.

    Semasa temu bual selepas perlawanan di gelanggang, Djokovic bercakap secara ringkas tentang perlawanan itu, tetapi kemudian beralih ke perbincangan tentang penonton.

    “Kepada semua peminat yang menghormati dan yang menunggu untuk menonton: Terima kasih banyak dari lubuk hati saya. Saya menghargainya. Dan kepada semua orang yang telah memilih untuk tidak menghormati pemain, dalam kes ini – saya. Ini adalah malam yang cukup indah, “ balas Djokovic dengan nada seolah-olah mengejek penonton kembali.

    Sementar Rune yang bermula dengan teruk dalam perlawanan itu, tidak mengendahkan sangat tentang apa yang berlaku.

    “Jika anda tidak tahu apa yang berlaku, mungkin ia berbunyi seperti ‘boo’,” katanya.

    “Dia lebih baik daripada saya hari ini. Sama ada penonton bersikap demikian atau tidak, saya fikir ia adalah sokongan yang hebat untuk kedua-dua pemain, sejujurnya,” kata Rune lagi.

    Apabila perlawanan tamat, Djokovic memberi isyarat seolah-olah dia sedang bermain biola, mungkin mengejek menunjukkan dia berasa sedih terhadap sesiapa sahaja di arena bahawa dia telah mengecewakan mereka dengan memenangi perlawanan dan layak ke suku akhir di Kelab All England buat kali ke-15. – AP

    Reaksi Novak Djokovic meraikan kejayaan selepas menewaskan Holger Rune dari Denmark dalam perlawanan pusingan keempat kejohanan tenis Wimbledon di London, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda