Monday, September 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Kesyukuran sempena Hari Guru

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Sebagai sebahagian daripada acara keagamaan bersempena Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam ke-34, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan kelmarin mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat berjemaah bagi menghindari wabak dan memohon keselamatan untuk Negara Brunei Darussalam yang diimamkan oleh Imam Tingkat I, Masjid Omar ‘Ali Saifuddein, Awang Khairul Ariffin bin Haji Yusop, yang juga mengimamkan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

    Acara diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas oleh Imam Tingkat III Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Haji Hamdini bin Haji Garip.

    Manakala Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murad.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menunaikan sembahyang berjemaah di majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN JPI
    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah hadir ke Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Guru ke-34, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JPI
    GAMBAR SERAHAN JPI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda