Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) hari ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Puja Usia ke-51, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pro-Canselor bagi UBD, UNISSA dan UTB di Masjid Universiti.
Hadir selalu tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.
Hadir sama ialah Naib Canselor, UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle; Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan Haji Zainal; Pemangku Naib Canselor UTB, Dr Mohamad Saiful Haji Omar; warga Kementerian Pendidikan, pegawai kanan universiti, pensyarah, kakitangan dan mahasiswa.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan Solat Sunat Hajat yang dipimpin oleh Pegawai Pelatih Hal Ehwal Masjid di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhd Wafiy bin Awang Mohammad yang kemudiannya disusuli dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran.
Majlis berakhir dengan Solat Isyak berjemaah.