Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Randy mahu sepasang cahaya mata termakbul

    Pelakon Randy Pangalila yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kedua memberitahu, dia tidak merancang untuk menambah anak lagi.

    Kara Randy, 33, sejak awal berkahwin dengan isterinya iaitu Chelsey Frank, mereka sudah sepakat tidak mahu memiliki ramai anak dan cuma menginginkan sepasang cahaya mata.

    “Anak pertama perempuan dan sekarang lelaki. Jadi sudah tidak mahu tambah anak lagi sudah cukup.

    “Memang dari awal kami sudah merasakan cukup memiliki dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Ternyata doaku menjadi nyata apabila memiliki kedua-duanya sekarang,” katanya seperti yang dipetik dari Kompas.

    Anak kedua yang dilahirkan pada 21 Jun lalu diberi nama Asher Griffin Pengalila. Tambah pelakon ini lagi, dia dan isteri sudah mula memikirkan nama anaknya itu sejak awal kehamilan selepas mengetahui bakal menimang zuriat lelaki.

    Dalam masa sama, Randy memberitahu isterinya terpaksa menjalani prosedur pembedahan atas nasihat doktor disebabkan kedudukan anak damit dalam kandungan ketika itu tidak sesuai untuk melalui proses kelahiran normal. – Agensi

    Randy teruja berkongsi wajah anak lelakinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda