LILLE, 1 APRIL – Seorang doktor di Perancis yang mendakwa dirinya dijangkiti koronavirus dan batuk ke arah polis dipenjara dua tahun. Kejadian itu berlaku apabila polis mengunjungi rumah doktor berkenaan untuk menyiasat aduan mengenai keganasan rumah tangga. Menurut sumber polis, doktor berusia 66 tahun dari sebuah hospital di Lille, utara Perancis itu ditahan Sabtu lalu.