Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Doktor klinik swasta mengaku tidak bersalah keluar sijil vaksinasi COVID-19 palsu

    MARANG, 6 DIS – Seorang doktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas 10 pertuduhan mengeluarkan sijil suntikan vaksinasi palsu di kliniknya, dua tahun lepas.

    Dr Muhamad Reze Rashid, 52, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

    Mengikut pertuduhan, Dr Muhamad Reze didakwa atas lima pertuduhan dengan sengaja membuat catatan palsu tentang status penerimaan vaksinasi terhadap pelanggannya di kliniknya di sini antara 7 hingga 23 Disember 2021.

    Dia didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 477A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    Pemilik klinik swasta itu juga didakwa atas lima pertuduhan membuat dokumen palsu iaitu Kad Peringatan Vaksinasi dengan mengisi butiran di ruangan dos 1, Kad Peringatan Vaksinasi pelanggannya pada tempoh sama.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 464 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...