Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    DPMM FC B20 mara ke separuh akhir

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah hari ini berkenan berangkat menyaksikan perlawanan suku akhir Liga Belia Bawah 20 (B20) Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD) antara DPMM FC dan Panchor Murai FC di Padang FABD A, yang mana anakanda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim turut beraksi.

    Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim turut memainkan peranan penting untuk membantu DPMM FC dalam kemenangan 3-0 menentang Panchor Murai FC.

    Pasukan DPMM FC B20 membuka tirai jaringan menerusi Safwan Zawawi Sazalee pada minit ke-19 sebelum ketua pasukan Muhammad Hakeme Yazid Said menggandakan jaringan menjelang minit akhir separuh masa pertama.

    Awangku Mohd Syafiq Hilmi menyempurnakan jaringan pada minit ke-78 untuk memastikan DPMM FC berada dalam kelompok empat terakhir pertandingan.

    Dalam satu lagi pertembungan suku akhir, Wasan FC menewaskan KB FC dalam kemenangan tipis di Padang FABD B.

    Wafi Syah’nizan ‘Alfizan membuka tirai jaringan untuk Wasan FC pada minit ke-21 sebelum Syahrul Hakeemi melebarkan jaringan pada minit ke-63.

    Benedict Joseph mengurangkan kelebihan untuk KB FC lima minit kemudian tetapi Wasan layak mendapat kemenangan tersebut.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Belia B20 antara DPMM FC dan Panchor Murai FC, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO’
    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim membantu DPMM FC meraih kemenangan 3-0 menentang Panchor Murai FC. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Antara aksi pemain DPMM FC dan Panchor Murai FC semasa perlawanan berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...