Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Fokus penyelidikan galak pembangunan negara

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 FEB – Dengan adanya perkembangan-perkembangan yang pesat, pertumbuhan perekonomian, aktiviti perniagaan dan peluang-peluang pekerjaan dalam kalangan anak tempatan adalah diharap akan dapat membantu pihak kerajaan mengurangkan kadar pengangguran sekali gus membantu negara membasmi kemiskinan.

    Perkara tersebut ditekankan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof ketika membahaskan mengenai Belanjawan Negara bagi Tahun Kewangan 2024 / 2025 semasa persidangan MMN ke-20 bagi hari ketiga di Bangunan Dewan Majlis, petang kelmarin.

    Beliau menambah sebagaimana pengalaman negara-negara maju peruntukan penyelidikan dalam pembangunan diberikan keutamaan sehingga mencecah purata 3 hingga 5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) seperti Korea Selatan 4.8 peratus, Jepun (3.5%), Jerman (3.13%) dan Belgium (3.4%) daripada jumlah KDNK negara masing-masing.

    Jelasnya, ini adalah menyedari akan kepentingan mustahaknya penyelidikan dan perkembangan dalam menyumbang dan memperkasakan pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik dan mampan.

    Di samping itu, antara manfaat dan faedah yang dapat diperolehi antaranya dapat mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan profesional, mencipta lebih banyak produk dan industri aliran baharu yang dapat diwujudkan, meningkatkan inovasi, kreativiti dan keusahawanan, meningkatkan produktiviti dan juga yang mustahak ialah menarik lebih banyak lagi pelaburan langsung dan juga peniaga-peniaga asing di negara-negara berkenaan.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan pada hari ketiga Persidangan MMN. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Oleh itu, beliau mengutarakan Negara Brunei Darussalam sepatutnya juga lebih mengutamakan dan meningkatkan lagi peruntukan yang khusus berhubung kait dengan penyelidikan dalam pembangunan bagi membolehkan negara menggalakkan pembangunan dan kemajuan yang lebih signifikan dan dinamik sekali gus berdaya ke arah Wawasan Brunei 2035.

    Dalam pada itu, Yang Berhormat Pehin antaranya turut membahaskan bahawa banyak perancangan-perancangan strategik dan inisiatif-inisiatif telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi merancakkan lagi aktiviti perekonomian di Negara Brunei Darussalam khususnya dalam membangun ke arah lima sektor utama yang dikenal pasti yang bukan minyak dan gas untuk dipesatkan pertumbuhannya lebih-lebih lagi dalam industri berorientasikan produk eksport.

    Walau bagaimanapun, tekan beliau, kita juga perlu bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan-kemungkinan dalam menghadapi risiko-risiko yang boleh merencatkan perancangan dan pengeluaran produk.

    “Antara perkara perlu ditangani dan diambil perhatian iaitu secara proaktif adalah seperti kemungkinan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah (raw material) yang tidak mencukupi dari luar negeri yang boleh menjejaskan pengeluaran terutama untuk dieksport, kesukaran untuk mendapatkan bahan-bahan mentah dalam waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan tergendalanya pengeluaran-pengeluaran produk.

    “Tenaga kerja yang tidak mencukupi dan juga masalah-masalah yang sering dihadapi oleh syarikat-syarikat luar negara iaitu berhubung kait dengan pekerja-pekerja tempatan yang kadang-kadang berhenti dan tidak bekerja dalam waktu yang ditetapkan. Ini adalah juga satu cabaran dan juga yang satu isu yang perlu diambil perhatian, bagaimanakah transfer of technology dapat diambil alih oleh anak-anak tempatan,” ujar Yang Berhormat Pehin lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...