Tuesday, April 29, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    DS7 Crossback bakal dilancar

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif DS Automobiles di Negara Brunei Darussalam bersama Auto Makmur Sdn Bhd akan melancarkan secara rasmi edisi terbaharu SUV kompak premium DS dalam masa terdekat.

    Model baharu yang didedahkan kepada media di Bangunan Little Soho, Batu Bersurat hari ini, dipanggil sebagai DS7 Crossback dengan rupa futuristik dilengkapi teknologi tinggi dari Perancis.

    Penampilan edisi terbaharu DS7 Crossback yang mewah ini dimantapkan lagi dengan lampu utama DS Active LED Vision, skrin sentuh pelbagai guna berukuran 12 inci yang mampu memainkan aplikasi Android Auto atau Apple CarPlay.

    Apa yang menarik ialah DS7 dilengkapi kamera infra merah bagi membantu pemandu melihat pada waktu gelap sejauh 100 meter. Selain itu, ia juga membantu mengaktifkan sistem amaran awal potensi bahaya kepada pemandu.

    Antara teknologi lain yang menyempurnakan penampilan model ini ialah Driver Attention Warning, DS Active Scan Suspension, DS Safety yang akan mengaktifkan fungsi sistem keselamatan di dalam kereta.

    DS7 Crossback didatangkan dengan dua jenis varian untuk pasaran Brunei iaitu spesifikasi sederhana atau tinggi.

    Kedua-dua spesifikasi tersebut digerakkan oleh enjin 1.6 liter 4-silinder PureTech Turbo dengan transmisi automatik enam kelajuan.

    DS7 Crossback bakal dilancarkan oleh DS Automobiles.
    Ruang dalam DS7 tampak cukup mewah selain dilengkapi teknologi canggih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda